Untuk Terus Ke Forum Sila

Untuk Terus Ke Forum Sila
Kalau Berani

Tuesday, May 12, 2009

Bahan Bukti Mini Gathering

Antara Isi Kandungan :-


Letter Head (Tintative)


Kulit Buku

Rasional Pada Design Kulit Buku / Bahan Bukti
  • Bulatan Melambangkan perpaduan
  • Lencana Melambangkan Ilmu yang kita telah pelajari
  • Daun dan Rumput (Bumi) Melambangkan Ikatan Persahabatan * (Tarikan graviti)
  • Warna Kuning dan Hijau Melambangkan Keceriaan yang terpancar
* Daun kalau gugur mesti ke bumi.. kalau ke tempat lain tak tahu lah pulak..

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mutiara Kata

'Keagungan persahabatan tidak terletak pada tangan yang dihulurkan untuk memberi bantuan ataupun senyuman yang penuh keikhlasan mahupun keseronokan untuk berteman, tetapi ia merupakan inspirasi dalaman yang kita rasai apabila kita menyedari bahawa terdapat seseorang yang mempercayai diri & persahabatan kita.'

--------------------------------------------------------------------------------------------

Penubuhan Anak Rantau 1977

Latarbelakang

Cadangan dari pihak rakan-rakan sekolah untuk menubuhkan Anak Rantau 1977 yang terdiri daripada individu yang lahir pada tahun 1977, Individu yang lahir pada tahun 1977 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP), Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang (SRARP) dan Sekolah Menengah Rantau Panjang (SMRP) atau individu yang mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Di SMRP pada tahun 1992 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMRP pada tahun 1994

Objektif Penubuhan Anak Rantau 1977

  1. Mengumpulkan bekas-bekas pelajar atas dasar sayang pada rakan sekolah.
  2. Setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah, masih belum ada usaha untuk berbuat demikian.
  3. Membentuk tenaga sukarela dengan dibantu dan disokong oleh rakan-rakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Kata Aluan Penasihat

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Assalamualaikum warahmatullah wabarokaatuh. Segala puji bagi Allah pemerintah sekalian alam sejagat selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat serta sekalian pengikut sehingga hari kiamat.

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada bekar pelajar SKRP, SMRP & Anak Rantau 1977 kerana memberi kesempatan kepada saya untuk merakamkan kata-kata aluan dalam penulisan ini Selamat datang ke Mini Gathering ini, Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja dan sahabat-sahabat sekalian di atas kesudian dan meluangkan masa menghadiri Mini Gathering ini yang julung kali diadakan. Saya ucapkan sekalung tahniah kepada orang-orang penting dalam Majlis ini, Semoga hubungan silatulrahim dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Besar harapan saya agar Penubuhan Anak Rantau 1977 ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya serta memberi kebaikan yang sepatutnya dan berjaya di masa akan dating. Matlamat penubuhannya bukan sekadar berfokuskan sosial semata-mata tetapi turut menjayakan program bercorak kemasyarakatan. Setidak-tidaknya perhubungan antara rakan-rakan akan menjadi lebih rapat dan akrab.

Sekian, terima kasih.

Sudin

------------------------------------------------------------------------------------------

Perutusan Pengasas

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah syukur di panjatkan ke hadrat ILAHI dengan limpah perkenanNYA dapat saya menitipkan sepatah dua kata di sini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat En. Sanisudin yang telah merealisasikan nawaitu saya yang berhajat mengumpulkan kembali teman-teman sebangku sekolah khasnya dan sekampung amnya. Usaha dan keringat yang beliau curahkan teramat besar nilai sentimentalnya pada saya.

Jutaan terima kasih juga kepada En Khairulnizam yang sudi berganding bahu demi menjayakan majlis ini. Harapan saya agar kita dapat melebarkan lagi agenda kumpulan ini dengan acara yang tidak hanya berpusat di kampung tercinta kita ini.

Sekalung junjungan kasih buat sahabat-sahabat AJK yang terlibat mengendalikan majlis ini hingga jayanya. Jasa dan budi kalian hanya ALLAH swt jua yang akan membalasnya.

Setelah melalui detik suka duka dalam kehidupan, saya merasa terpanggil untuk kembali mengumpulkan kalian semua yang memang tak pernah luput dalam ingatan ini. Segala kenangan tersimpan rapi dalam memori minda ini. Bermula dengan berkirim salam, berbual di talian, berutusan emel di jaringan maya sehinggalah ke detik ini yang bagai menyempurnakan kesinambungan SILATURRAHIM kita. Tak terungkap dengan kata-kata bila sampai ke tahap ini dapat bersua muka dengan kalian lantas bersalaman dan jauh di sudut hati kecil ini ingin sekali berdakapan seraya mengenterpretasikan perasaan rindu yang telah lama terpendam ini.

Dengan penuh takzim saya mengharapkan agar jalinan yang telah terbina umpama bibit-bibit kuntuman ukhuwah ini akan terus segar berkembang disirami dengan baja-baja keperihatinan kita bersama. InsyaALLAH.

Wassamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh.

Rini

------------------------------------------------------------------------------------------


Mini Gathering X-SMRP, X-SMRP & Anak Rantau 1977

  1. Bagi mendapatkan mandate secara ‘en large’ daripada bekas-bekas murid SKRP dan SMRP adalah dirancangkan satu perjumpaan dianjurkan.
  2. Majlis tersebut bertujuan untuk mendapatkan pengesahan/endorsement daripada seramai mungkin bekas murid terhadap Anak Rantau 1977.
  3. Satu jawatankuasa kerja Majlis Mini Gathering dibentuk bagi menyelaraskan program tersebut.
  4. Majlis tersebut diadakan pada :-
  • Tarikh : Sabtu, 9 Mei 2009 bersamaan 14 Jamadil Awal 1430
  • Masa : 7.00 Petang - 11.00 Malam
  • Tempat : Restoran Fauzi Tomyam & Wastern, Jalan Shapadu off Jalan Teluk Kapas Rantau Panjang Klang.

Jawatankuasa Kerja Mini Gathering

  • Pengasas : Asrini Salasiza Bt Mohamad Isnan (Rini)
  • Penasihat : Sanisudin Bin Kasmuri (Sudin)
  • Pengerusi : Khairul Nizam Bin Saliman (Ijam)
  • Setiausaha : Suhaily Bt Samsudin (Suhaily)
  • Bendahari : 1) Kasmilah Bt Md Asran (Mila) 2) Siti Halijah Bt Saari (Mak Lijah)

Ahli Jawatan Kuasa :-

  • Penyediaan Makanan : Mastura Bt Osman (Mastura)
  • Penyambut Tetamu : 1) Noraliza Bt Dol Basir (Lilik) 2) Mas Erweenawaty Bt Mohd Nazir (Mas Ryna)
  • Penyelarasan Tempat : Azlina Bt Baker (Lina)

Modus Operandi

  1. Sasaran kehadiran adalah sekitar 30-40 orang.
  2. Yuran kehadiran sebanyak RM20 dikenakan kepada setiap penyertaan. Jumlah tersebut meliputi = Jamuan RM 20.00
  3. Jamuan adalah secara hidang dan susunan 1 meja bulat 5 orang
  4. Acara rasmi adalah ucapan Penaung dan Perasmian Anak Rantau 1977
  5. Persembahan diadakan sekiranya ada bekas pihak pelajar yang boleh menyumbang.
  6. Majlis Mini Gathering ini akan dijayakan dengan bantuan tenaga sukarela dan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Dengan sukacitanya kertas cadangan ini diangkat untuk persetujuan En. Sanisudin selaku Penasihat



Kedatangan



Senarai Nama
  1. Rini
  2. Lijah
  3. Suhaily
  4. Milla
  5. Mastura
  6. Lina
  7. Along
  8. Shikin
  9. Lilik
  10. Jebon
  11. Mas Ryna
  12. Imah
  13. Sabarina
  14. Jijah
  15. Rina
  16. Wajan
  17. Jarin
  18. Yati
  19. Yan Ghani (datang sekejap)
  20. Ijam
  21. Sudin
  22. Gudir
  23. John
  24. Ijan Ajak
  25. Pojan
  26. Jijan
  27. Anika
  28. Asri
  29. Najib (wakil)
  30. Suami Sabarina

No comments:

Post a Comment